Assalamu'alaikum, hai
Masa tengah temankan Alia menonton kartun Robocar Poli... Ada jugak tengok iklan drama terbaru di Astro Ria 104 dan Maya HD 135 yang menggantikan drama suamiku encik sotong. Start 16hb, iaitu malam ni jam 10.00 malam... 15 episod... Berjudul Isteri separuh masa. Jugak merupakan drama adaptasi novel karya Suri Ryana.

episod 1 isteri separuh masa, tonton isteri separuh masa,
Sumber Gambar daripada Google Image

Actually, untuk drama Suamiku Encik Sotong sebelum ni aku tak follow. Entah! Tak minat nak tengok. Tapi... Insya Allah, untuk episod 1 Isteri Separuh Masa malam ni. Nak jugak tengok. 

Dulu masa follow drama Projek Memikat Suami... Best la jugak lakonan Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza. Untuk drama isteri separuh masa pun... Berdasarkan sumber, mereka jugak yang akan menjadi pelakon utama di mana Aiman Hakim akan memegang watak sebagai Nazrin Shah, Emma Maembong sebagai Medina Izwani, Syafiq Kyle sebagai Zafril dan Ziha sebagai Husna.

Menurut sumber, berikut adalah sinopsis drama isteri separuh masa :-

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca  papa dan mamanya tidak menerima kekasihnya Zita sebagai menantu.Terus perang dilancarkan dengan adik angkatnya itu.

Hubungan mereka menjadi rumit apabila nenek mahu menjodohkan mereka sebelum Nazrin ke luar negara.Medina sedih kerana impiannya untuk Megat Shahzril ke Ireland harus dilupakan.

Sepanjang di luar negara, Nazrin langsung tak ambik peduli hal Medina.Rasa bencinya tidak pernah surut. Nazrin hanya berbaik-baik dengan Medina pabila di depan keluarga. Di belakang, mereka ibarat kucing dan anjing, tak boleh ketemu,ada saja benda tak kena.Lain pula Medina, dia buat apa sahaja untuk menambat hati suaminya, namun gagal.

Bertahun berlalu, kini Medina bergelar Mahasiswi. Hidupnya menjadi kacau bilau bila suaminya Nazrin menjadi tutor kepada salah satu subjek yang diambilnya, siap duduk sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek mahu menetap bersama mereka.

Demi cinta pada suami, Medina rela menjadi isteri Nazrin biarpun isteri separuh masa.Kehadiran bunga-bunga orkid mengingatkan medina pada Megat Shahzril.Adakah ada bunga-bunga cinta antara Nazrin dan Medina?

Huhu... Panjang jugak sinopsisnya kan. Mesti ada punya bibit-bibit cinta antara Nazrin dan Medina. Mustahil takde. Hehe...


Sumber info : blog Azwanazmy