Assalamu'alaikum, hai
Sedikit info ingin aku kongsikan. 

Berdasarkan maklumat hasil penulisan doktor Carol Cooper dalam bukunya berjudul "Soal jawab bayi dan kanak-kanak"... Bayi berusia 3 bulan dikatakan mampu melakukan beberapa perkara seperti berikut :-
  • Bayi akan mulai senyum di mana ia adalah sebagai tindakbalas terhadap senyuman si ibu.
  • Bayi akan menfokus dan mengekori alat mainan gantung dengan matanya, terutama jika alat itu berwarna terang.
  • Bayi akan senyum apabila kita bercakap.
  • Bayi banyak menggerakkan tangan dan kakinya apabila terjaga.
  • Bayi mungkin mengenal orang dan objek yang diketahuinya.

Alhamdulillah... Aku setuju dengan info yang dinyatakan oleh doktor Carol Cooper berdasarkan perkembangan Nur Ain yang membesar di depan mata.




Lagi beberapa hari nak melangkah ke usia 3 bulan. Nur Ain Haziqah, puteri kedua aku dah pandai melontarkan senyuman apabila diajak berbual. Sesekali... Kedengaran dia berkekek A-a... A-oo. Leher pulak dah mula tegak apabila di dukung. Kaki dan tangan aktif sekali bergerak... Kekadang membuatkan encik suami risau. Haha... Kalau ditunjukkan sesuatu mainan... Nur Ain cukup fokus... Tepat sekali, warna membuatkan bayi tertarik.

Semoga Nur Ain terus membesar dengan sihat dan cerdas seperti kakaknya Alia.