Assalamu'alaikum, hai...
Semalam 9 Oktober 2014, selepas jumpa doktor di Hospital Betong... Aku kena pulak pegi klinik kesihatan Spaoh... Sebab register mengandung di situ haritu. Tujuannya adalah untuk menerangkan cara mengira pergerakan bayi di dalam kandungan... Memandangkan... Sekarang dah masuk minggu ke-28 atau dahpun masuk 7 bulan usia kandungan.

Sampai di klinik... Seperti biasa, first things first akan check air kencing, then darah... Jantung bayi dan kadar denyutan jantung aku. Last sekali baru terangkan bagaimana nak kira pergerakan bayi dalam kandungan. So... Harini dah start mengiralah kiranya... Start 9 pagi sampailah 9 malam.

Pengalaman aku... Masa mengandungkan Alia dulu... Amat mudah nak kira sebab duduk kat rumah je kan... Tak buat kerja. Now, bekerja... Harini sampai tak perasan bila baby bergerak. Bila aku duduk lama sikit... Barulah pergerakan bayi tu dirasai.

Aku pernah terbaca artikel di babycenter, if baby tak bergerak... Ada beberapa cara untuk meransang pergerakannya. Antaranya adalah seperti berikut :-
  • Minum minuman berais agar bayi merasai perubahan suhu ibunya sehingga membuatkan dia cuba untuk mengelak daripada terasa sejuk.
  • Buat bunyi bising atau mainkan muzik dengan kuat agar bayi teransang untuk bergerak.
  • Cuba buka sesuatu benda seperti pintu dengan kuat.
Alhamdulillah... 1.26 petang harini dah cukup dah 10 kali gerakan. Aktif sungguh. Hehe...