Assalamu'alaikum, hai...
Apakah kaitan pusat dan bayi dalam kandungan | Orang tua-tua memang banyak petua dan pantang larangnya. Kali ni Fiza nak berkongsi informasi tentang makna pusat ibu hamil yang tenggelam atau timbul. Sejauh mana kebenarannya... Wallahu'alam. Fiza share pun... Sebab dah duatigaempat orang jugak jiran dan rakan bagitau Fiza pasal benda ni.

Sumber gambar daripada google image
Gini ceritanya. Jiran Fiza ni tanya... Pusat Fiza timbul ke tidak masa mengandungkan anak kedua. Malulah nak citaq kat sini kan. Haha... Jadinya... Fiza pun tanyalah kat dia... Kenapa? Tak elok ke?... Takdelah. Kalau ikut orang tua-tua zaman dulu... Jika pusat timbul time hamil... Tu tandanya kita mengandungkan bayi lelaki. Amin... Kalau benar bagai dikata... Tapi kita tak bolehlah nak percaya sangat. Itu semua ketentuan Allah... 

Tu kisah masa Fiza mengandungkan Ain dulu. Baru-baru ni, Fiza terbaca di facebook berkaitan bagaimana perbezaan fizikal si ibu mengandungkan bayi perempuan atau lelaki. Antaranya, ialah :-

Beza bentuk pusat ketika mengandungkan anak perempuan atau lelaki
Beza pusat mengandungkan bayi perempuan atau lelaki
Beza bentuk perut ketika mengandungkan bayi perempuan atau lelaki
Beza bentuk perut samada mengandungkan bayi perempuan atau lelaki

Perbezaan pergerakan janin lelaki atau perempuan

Kiraan degupan jantung siibu yang menunjukkan samada si ibu mengandungkan bayi perempuan atau lelaki. 

Perbezaan warna kulit ketika mengandungkan anak perempuan atau lelaki
Perbezaan kulit si ibu bila mengandungkan bayi perempuan atau lelaki

Beza makanan kesukaan
Perbezaan makanan kesukaan si ibu bila mengandungkan bayi perempuan atau lelaki

Beza penampilan si ibu bila mengandungkan bayi perempuan dan lelaki
Perbezaan penampilan samada si ibu mengandungkan bayi perempuan atau lelaki

Beza mengandungkan bayi perempuan atau lelaki melalui saiz makanan
Perbezaan saiz makanan si ibu samada mengandungkan bayi perempuan atau lelaki
 Sumber : Facebook

Mungkin informasi yang Fiza kongsikan ini memberi jawapan kepada persoalan yang mungkin bermain di benak seorang ibu yang sedang hamil. Sejauh mana kebenarannya, kenalah buat scanning. Hehe... Namun, semua itu ketentuan Allah. Lelaki atau perempuan bayi yang di kandung, ia tetap amanah yang Allah titipkan buat kita untuk dijaga dengan sebaik yang mungkin.

Wallahu'alam...

5 Comments

  1. first time dengar pasal pusat ni...

    ReplyDelete
  2. pusat fiza timbul ke?hehe..sy dulu dua2 tak timbul pun..:)

    ReplyDelete
  3. erk.. rupa timbul tu macam mana? haha

    ReplyDelete
  4. Baru kali pertama dengar..tp PK anak laki perempuan dua2 tak timbul..tak kena la nmpknya kaitan pusat n baby tu..kebetulan mungkin.

    ReplyDelete
  5. saya pusat timbul...scan baby girl....

    ReplyDelete