Assalamu'alaikum, hai...
Bahayanya strok haba... Boleh bawa maut. First time dengar pasal strok haba di berita tv3. Kena hati-hati musim panas ni. 

Nampaknya... Kena banyak minum air dan kurangkan aktiviti di luar rumah... Kalau rasa nak pitam, kepala berdenyut-denyut... Tubuh sejuk semacam, berpeluh dan suhu badan naik sampai 40°C tu... Cepat-cepatla jumpa doktor... Tu antara tanda-tanda strok haba tau seperti yang diwar-warkan di berita.

Dijangka musim panas dan kering berlarutan hingga pertengahan bulan Mac. Huhu... Lama jugak tu. Nampak gayanya... Nak kena berjimat guna air. Takung air awal-awal... Dalam masa yang sama... Nyamuk membiak kena diperhatikan jugak... Almaklumlah... Sekarang ni... Peratusan demam denggi pun naik. 

Bersama-samalah kita berdoa agar diturunkan hujan untuk membasahi bumi yang kering. Insya Allah...


2 Comments

  1. 1st time dengar...kita kena jaga kesihatan...elakkan aktiviti luar...minum air masak byk2

    ReplyDelete
  2. 1st time gak dgr strok haba ni. Kena minum banyak air.

    ReplyDelete