Assalamu'alaikum, hai...
Ni kisah semalam... Lepas bagi Alia mandi jam 9. Aku terus bukak tv channel ceria. Bagi peluang Alia tengok tv sementara aku masak kat dapur sebenarnya... Sambil ditemankan atuknya. 

waktu tidur siang kanak-kanak berumur 2 tahun, tidur siang,

Biasa... Mesti riuh di ruang tamu nun kalau Alia tengok tv. Aku pelikla. Lepas siap masak ikan... Aku jenguk Alia dengan atuknya. La... Tv pulak tengok dorang. Duadua tidur. Patutla sunyi sepi. Jam baru pukul 10 pagi... Alia dah tidur. Cuaca pepagi dah panas kot... Tu yang cepat mengantuk tu. 

So... Senangla cerita aku nak masak. Dah nak masuk waktu Zuhur... Baru Alia bangun. Si budak kecik ni sekarang dah tak nak tidur dalam buai. Jadinya... Waktu tidur siang dia pun dah tak menentu. Dulu... Time tidur dalam buai... Tepat... Jam 2 petang dia akan tidur. Budak makin membesarkan. Banyak bermainnya dari tidur.

Tu antara aktiviti semalam... Nak keluar rumah jalan-jalan... Malas pulak rasanya... Lebih-lebih lagi panas terik kat luar rumah... Lansung membantutkan plan nak berjalan. Sangat-sangat panas cuaca sekarang kan?