Assalamu'alaikum, hai...
Rasanya dah lama tak minum susu. Masa mengandungkan Alia je haritu minum susu Anmum Materna. Masa tu... Kemain rajin minum susu. Tak pernah tinggal setiap hari. Kalau lupa. Confirm! Ada yang ingat... Biasalah hubby... Mana boleh nampak aku tak minum susu time pregnant. 

Sekarang ni pun... Dia asyik nasihatkan aku suruh minum susu nestle omega plus. Yelah... Usia kita semakin tua. Bukannya semakin muda. Tang tua berjiwa muda tu... Lain la. Hehe...

harga Nestle Omega Plus, kebaikan nestle omega plus, kelebihan nestle omega plus,

Dah setahun dah hubby mengamalkan minum susu nestle omega plus. Baru semalam hati aku terbuka untuk merasa. Serius! Sedap. Takut membazir. Aku buat sikit je... Guna gelas kecik. Sekali... 'berlalak'. Sabo jelah... Nampak gayanya... Lepas ni kena berkongsi susu lah kami berdua. Hehe...

Actually, aku bukanlah kategori manusia yang suka sangat minum susu. Tapi... Tengoklah. Kalau susu tu boleh masuk anak tekak aku. Insya Allah. Boleh je layan!

Oh ya... Nak tahu berapa harga sebungkus Nestle Omega Plus... Pada aku harganya sangat berpatutan. 1kg, harganya baru RM37.80... Lebih murah jika nak dibandingkan dengan Oat BG22. Tapi... Bagi yang intoleransi laktosa atau dalam bahasa mudahnya tak boleh minum susu. Bolehla minum Oat BG22 kalau nak.

Yang harus kita tahu... Nestle omega Plus mempunyai beberapa kebaikan iaitu first... Ia mengandungi Acticol yang boleh membantu mengurangkan tahap kolestrol kita dengan sterol tumbuhan. Selain itu... Ia merupakan salah satu susu tepung isian kurang lemak, tinggi Kalsium dan mengandungi Omega 3:6. Kan baik tu... Hehe.