Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah... Bersyukur kepada Allah kerana terus memberi peluang bernafas di bumi Allah. 

Semalam... Tengok tak berita pasal budak perempuan 10 tahun... Di rogol di kawasan pembuangan sampah. Ya Allah... Saban hari kita mendengar kes melibatkan kanak-kanak. Kalau tak kena bunuh... Kena dera dengan pengasuh... Lagi dasyat ada ibubapa tu sanggup bunuh anak sendiri. Adakah itu petanda akhir zaman? Wallahu'alam...

Bila dengar cerita sebegini... Aku pasti sebak. Kenapa ek kejam sangat. Bila dah bergelar ibu ni... Baru aku tahu bagaimana perasaan seorang ibu menjaga anak-anak mereka... Nak-nak anak perempuan. 

Bila dengar cerita pelik-pelik pasal budak. Aku jadi takut... Bagaimanalah Alia dah start sekolah nanti... Dari awal dah plan. Nak hantar Alia ke sekolah cina. Tapi... Ada pulak terfikir dan rancang... Baik Alia bersekolah di tempat ayahnya mengajar. Senang... Boleh balik sama-sama.

Risaunya bila dengar cerita sebegini. Namun... Aku ingat lagi pesan mak. Banyak-banyaklah berdoa untuk keselamatan keluarga. Insya Allah... Allah sentiasa bersama kita.