Assalamu'alaikum, hai...
Tengok tak berita tadi. Apakah motif amah tu kelar dua orang anak majikannya ek... Lepas tu bunuh diri. Padahal dah 2 tahun bekerja dengan majikannya. Hurmmm... Sedih dengar cerita gini tau. Asyik-asyik cerita pasal anak dan pembantu rumah. Takut pulak rasa hati...

Tu la... Isnin ni aku dah start lapor diri. Alhamdulillah... Aku berjaya temuduga di Politeknik Metro, Betong haritu. Bergaji hari... Start 3 March dan habis pada 31 Mei... Lepas tu. Sambung atau tidak... Semuanya bergantung kepada rezeki. Memandangkan hubby membenarkan... Dan tambahan dekat dengan rumah makayah... So, aku terima offer dorang.

Even dekat... Tapi risau jugak nak tinggalkan Alia. 2 tahun tau aku jaga sendiri Alia. Tetiba Isnin ni... Tugas tu adik, makayah aku ambik. Huhu... Aku pulak rasa tak boleh nak berjauhan dengan Alia sekarang weh!... Start dapat call Isnin haritu... Malam-malam aku tak boleh nak lelapkan mata... Asyik... fikirkan Alia. Sedangkan family sendiri yang jaga.