Menangis Mendengar Tazkirahnya...



Assalamu'alaikum, hai...
Berakhir sudah rancangan mimbar pencetus ummah di astro oasis. Jangkaan ku tepat sekali. Pencetus ummah Hafiz akhirnya dinobatkan sebagai juara pencetus ummah. Alhamdulillah...

Paling menyentuh hati pabila Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyampaikan tazkirah pengorbanan seorang ibu. Tak terasa pipi dibasahi tangisan. Hubby pun menangis. Entah! Bait kata-katanya sangat menyentuh hati. 

Begitu jugak PU Hafiz. Ceritanya tentang keagungan Nabi Muhammad S.A.W membuatkan aku terfikir sejenak. Apakah sumbanganku terhadap agamaku. Subhanallah! Betul la kata mak aku... Mimbar pencetus ummah adalah rancangan hebat untuk didengar dan dilihat. Tahniah! Astro oasis... Semoga akan datang... Akan ada lagi rancangan-rancang berunsur dakwah. Subhanallah Ya Allah...


Menangis Mendengar Tazkirahnya... Menangis Mendengar Tazkirahnya... Reviewed by fiza linolie on January 09, 2014 Rating: 5

2 comments:

  1. Tersentuh hati jg bila dengar tazkirah PU Hafiz smlm.. terfikir betapa daif nya diri ini..

    ReplyDelete
  2. hmm hana tak dapat tengok pown :(

    ReplyDelete