Assalamu'alaikum, hai...
Kalau sebelum ni aku pernah share tentang aplikasi email untuk android. Kali ni pulak, aku teringin nak share tentang aplikasi web mudah.my. Dewasa ini, sepertimana yang kita sedia maklum rata-rata info boleh kita cari di hujung jari. Namun, tak semudah yang kita sangkakan seandainya tersalah saluran. Betul tak?


Sebagai contoh, baru-baru ni hubby mencari info berkaitan rumah sewa sekitar Kuching. Kononnya nak buat persiapan seandainya jadi berpindah. Dia tak tanya pun Fiza. Cuma... Balik rumah merunggut terpaksa klik satu-satu hasil carian di google. Nak gelak pun ada. Tapi kesian pulak kat dia. Terpaksa bersusah payah. So, aku bagitau la kat hubby... Kalau nak cari maklumat dengan cepat mengenai kedai ke, rumah sewa ke, produk ke, kereta ke... Just guna laman mudah.my. Memang mudah dan pantas. Semua info terperinci ada kat situ. Just isi je ruangan yang dikehendaki. Tak sampai 5 minit dah dapat jawapan.




Pada pengguna android lagilah best. Boleh install terus dari play store. One klik je. Dah settle. Betapa mudah dan pantasnya menggunakan laman web mudah.my. 

Walaupun dah tahu akan kemudahan web mudah.my... Tapi  hubby takde rezeki lagi untuk berpindah. Nak tak nak 29hb ni nak kena balik semula ke SK Long Gang demi untuk meneruskan tugas. Kalau rayuan berpindah berjaya bolehla tersenyum. Tapi kalau sebaliknya... Kenalah redha dan terima dengan seadanya.

Wallahu'alam...