Assalamu'alaikum, hai...
Pejam pelik, pejam pelik... Harini dah masuk bulan Oktober. Kalau diikutkan pengumuman PM kita sebelum ni... Tarikh pembentangan bajet 2014 akan dibuat pada tanggal 25 oktober ni. Mean... Ada 24 hari lagi kan. 

Semenjak PM mengumumkan bila pembentangan bajet 2014 haritu. Ramai yang cari keywords yang berkaitan. Contohnya statistiks keywords Nuffnang aku untuk bulan September dan harini. Rata-rata ada yang search mengenai bila tarikh bajet 2014, pembentangan bajet 2014 dan tak kurang jugak keywords mengenai tarikh bajet 2014.


Pada aku... Itu adalah normal. Antara perkara penting yang rakyat nanti-nantikan. Mesti nak tahu kan... Apa intipati bajet 2014. Malah... Kandungan bajet 2014 amat penting bagi yang sedang dalam mencari pekerjaan. Confirm! Ada soalan mengenainya akan diajukan semasa temuduga. Nak tak nak kena alert dan carik di mana url untuk download intipati bajet 2014. Cer google nanti lepas pembentangan bajet 2014. Confirm! Banyak laman yang sediakan link untuk muat turun bajet 2014.

Kalau aku. Memang tak download... Sebabnya. Pasti nanti hubby akan download. Hikhik...