Assalamu'alaikum ♥,
Esok. 13 Ogos.. Demi Dia akan berakhir dan akan digantikan dengan cinta Jannah. Drama bersiri 24 episod yang diarahkan oleh Azmi Hatta ini akan ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 petang.
Antara barisan pelakon hebat seperti Aeril Zafrel, Nelydia Senrose, Reen Rahim, Ramona Zam Zam, Fadilah Mansoor, Saharuddin Thamby, Dian P Ramlee, Kartina Aziz dan Ezany Nizariff.
Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi.
Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.
Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.
Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, beg tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.
Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.
Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah. Apa berlaku seterusnya... Kenalah tengok. Panjang tu je sinopsis dia.
Daripada sinopsis cinta jannah yang aku petik dari mstar.com.my ni... Jalan ceritanya macam best. Harap-harap ceritanya tak menghampakan ^_^.