Assalamu'alaikum ♥,
Sambungan cerita slot azalea hujan episod 1 tapi separuh je sempat tengok. Hubby ajak pergi sungai asap. Beli sayur dan sikit barang dapur untuk juadah sahur malam ni.

Yang sempat aku tengok. Azaril terjumpa radio rosak dalam tong sampah dan membawanya pulang. Sedang dia, Azura dan ibunya, Maryam dok sibuk cuba baiki radio tersebut. Tetiba ayahnya, Jalil datang mintak duit dengan Azaril. Biasalah... Kalau dah kaki dadah. Tak dapat bekalan. Sanggup buat apa saja.

Di suatu sudut lain pulak. Fazila, kawan baik rahimah cuba menggoda suami rahimah.

Azaril terus dengan aktiviti hariannya mencari tin. Manakala Azura pulak tinggal di rumah untuk menemani ibunya, Maryam yang semakin teruk batuknya.

Sedang Azaril sibuk selongkar sampah. Tetiba ayahnya, Jalil meluru ke arahnya dengan menyerahkan sebuah beg berwarna hitam untuk disembunyikan di rumah. Sedangkan dia sendiri cuba malarikan diri. Ni mesti kes mencuri.

Kemuncak cerita episod 2 hujan berakhir dengan slot Azura dan ibunya di rumah. Maryam tetiba batuk dan keluar darah. Azura melihat keadaan ibunya terus keluar mencari abangnya Azaril. 

Sambungan ceritanya kenalah tunggu episod 3 hujan esok.