Assalamu'alaikum...
Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar semalam... Umur Alia dah masuk setahun 3 bulan. Rasa macam tak percaya. Tapi... Itulah hakikat yang harus aku terima.


Takde sangat pun yang menarik sepanjang nak menunggu usia Alia setahun 3 bulan. Tapi... Alia semakin faham dah apa yang kita cakap. Siap boleh bantu lagi. Apalagi... Alia selalu jadi mangsa hubby ambik remote. Sebabnya... Alia suka tu kalau kita suruh ambik remote. Aku tak tau ler... Suka sangat dengan remote tv.

Pastu pulak... Reti dah capai benda atas meja makan kalau letak tepi sangat memang jadi mangsa. Contohnya semalam... Hubby bancuh air milo campur susu pekat. Lupa nak simpan... Lepas minum terus pergi buang sampah. Aku pulak kat dapur. Sekali... Habisss... Dituangnya susu ke lantai. Nak marah pun tak boleh gak. Cuma aku pukul telapak tangan dia sekali sambil nasihat. Terkebil-kebil mata dia tengok aku. Macam nak menangis pun ada. Hai... Dah ler penat. Kena mop lantailah pulak. Nak buat macam mana. "kalau tak nak susah, jangan beranak". Bak kata mak aku. Haha...

Kisah pendek si cinta hati yang kian membesar. Semoga Alia membesar dengan sihat dan bijak ^_^. Isnin ni nak kena bawak Ali pergi klinik untuk timbang berat. Berapalah berat dia setahun 3 bulan ek?