Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang ada untuk aku terus bercerita dan berkongsi cerita ^_~.

Kali ini... Lagi kisah tentang Alia. Anak dara manja aku yang kian membesar dari hari ke hari. Alhamdulillah.

Gelagat Alia entah bila. Bila flashback teringat ianya berlaku 3 hari yang lepas. Haha... Baru sekarang aku berkesempatan untuk karang cerita mengenainya. Tak kisah ler. Janji ada cerita everyday tentang dia. Nanti... Bila dah reti baca. Bolehlah Alia baca mengenai dirinya ^_^.

Aku selalu perhatikan Alia... Malah, perhatian itu bukan sekadar memerhati. Tapi... Sebaliknya disertakan dengan tangkap gambar. Biasa... Untuk menyemak blog. Tak sah kalau entri takde gambar. Macam tak best. Tengok jelah... Gelagat Alia...


Dulu... Mana reti nak masuk dalam bakul mainannya tu. Sekarang... Bukan main lagi. Bukan setakat sorong ke hulu ke hilir... Kononnya kereta. Malah... Reti pulak masuk dalam bakul tu sambil mulut becok menyebut "Vrooomm... Vrooomm..". Dah sudah! Keretalah tu agaknya. Kekadang mencuit hati gelagat dia. Hilang penat, timbul rasa gembira... Heeee...

Betapa seronoknya bila ada anak kan!