Assalamu'alaikum...
Syukur alhamdulillah di atas ruang dan peluang yang diberikan oleh Allah untuk aku terus berkongsi cerita dan ilmu di alam maya.

Entri kali ini aku ingin berkongsi tentang posisi tidur bayi.

kebaikan tidur meniarap, bayi tidur meniarap, kesan tidur meniarap pada bayi,

Kalau Alia bermacam-macam gaya tidur dia ada. Alia tak suka diselimut. Bagi mengelakkan kesejukan... Lepas detik 12 malam (*** Macam tajuk rancangan tv3)... Aku akan pakaikan Alia stokin. Jadi, Alia tidur tanpa terjaga. Cuma bangun untuk menyusu jer. Tapi.... Satu jelah. Kalau dah tidur tu. Ya Allah. Satu tilam tu dia yang punya.... Dan lagi satu dia suka himpit aku masa tidur. Arah mana jer aku beralih, mesti tak lama lepas tu dia himpit aku balik. Suka sangat...

Sejak akhir-akhir ni jugak Alia suka tidur meniarap. Mula-mula memang risau gak aku tengok dia tidur sebegitu. Tapi dah 2 bulan lebih dah tidur macam tu. Jadi aku biarkan jelah. Baru-baru ni... Aku ada terbaca dalam majalah Pa&Ma keluaran November 2012(*** Jumpa masa kemas bilik bacaan hubby) ada mengatakan bayi yang tidur dalam keadaan meniarap, kaki dan tangan dibengkokkan sedikit tidak mendatangkan masalah Lagipun ia adalah posisi yang sama ketika mereka di dalam rahim semasa mengandung...

Walaubagaimana pun, aku tetap mengambil langkah berjaga-jaga. Jadi antara langkah keselamatan... Aku juga tak berselimut. Takut perkara tak diingini berlaku. Alia masih tidur dengan kami lagi sekarang ni. Hhaha... Ayah Alia pun sama.  Walaupun ada satu lagi bilik kosong. Aku still tak sampai hati nak berpisah tidur dengan Alia. Lagi pun senang....

Kerana anak. Ibu dan ayah sanggup korbankan apa saja. Tapi... Adakah anak sanggup membuat perkara yang sama. Semoga Alia menjadi anak yang baik.

Sekian...