Hola ,
Dalam entri sebelum ni Fiza pernah kongsikan ‡ Buah seperti buah Rambutan, tapi bukan buah Rambutan‡.

Kali ni pulak Fiza nak kongsikan 1 lagi kisah pelik hasil pembacaan Fiza daripada sebuah majalah infiniti berkaitan dengan buah tembikai... Iaitu Tembikai paling kecil di dunia.


Menurut artikel yang ditulis oleh Rosminah Haji Bakkang

● Tembikai terkecil di dunia ini hanya berukuran 3cm panjang dengan 2cm lebar.
   dipercayai saiznya yang sebenar adalah 20 kali lebih kecil daripada buah tembikai biasa.

● Dikenali sebagai Tembikai Pepquino. Ia bukanlah hasil daripada kejuruteraan genetik tetapi 100% terjadi daripada pembentukan alamiah asli. 

Sungguh unik kan... 

● Selain itu, ia juga dikatakan dijumpai tumbuh liar dalam hutan sekitar Amerika selatan.
● Lagi info menarik mengenainya adalah tembikai ini dikatakan boleh mengeluarkan buah
   hanya dalam tempoh dua atau tiga bulan selepas matang

● Dikatakan juga ia dijual dengan harga RM38.44 untuk 50 biji atau seberat 250 gram.

Comel jer kan buahnya...

Tu lah serba sedikit info mengenai buah tembikai yang dikatakan paling kecil di dunia.