Hola 

Syukur pada yang Esa kerana telah memberikan peluang dan ruang kepadaku untuk terus berkongsi cerita walaupun selsema still bersisa. Namun, itu bukan menjadi penghalang, right!.

Sekarang ni bukan jer musim buah durian tapi musim orang sana-sini dok bercerita pasal bola. Kekadang tu naik boring gak mendengarnya. Biasalah orang perempuan... Tak ramai yang minat bola.

Tapi... Serius! Sekali sekala layan perlawanan bola sepak, syok jugak tau. Semalam, sian tengok hubby layan Malaysia  lawan Thailand sorang-sorang. Alia dah tido, tapi sian pulak tinggalkan dia sorang-sorang di bilik. hehe... kerana kasihkan suami dan anak, curi masa gak lah untuk temankan hubby menonton. Tapi hubby tak kisah pun, dia lagi kesian tengok Alia tido sorang-sorang. 



Namun, semalam... Malaysia lawan Thailand seri 1-1. Mean, Malaysia kena dapatkan goal bila berlawan di Thailand nanti. Tak silap 13hb ni kan... Kalau tak silap lah.

Apa-apa pun, teruskan usaha buat Harimau Malaya. Tiada yang mustahil... Yang penting team works... Dan gandakan usaha.

Dua-dua pasukan memang sama hebat. Tu pendapat akulah... Korang lak macam mana?... Haha... Bajet ada orang baca blog yer...


Nota Kaki : Sumber gambar adalah daripada malaysiascore.blogspot.com