Hola 

Nampak dah tua kan Mr. Bean dalam gambar ni... Betul tak?

Pelakon komedi terkenal di pesada bidang hiburan ini, Rowan Atkinson memberitahu tidak mahu lagi memegang watak sebagai Mr. Bean.

Mr. Bean merupakan watak yang disifatkan sebagai menyedihkan dan kebudak-budakan. Rowan Atkinson pertama kali muncul di televisyen pada tahun 1990 apabila watak tersebut menjadi popular dalam kalangan kanak-kanak dan penonton seluruh dunia.

Aktor berusia 57 tahun itu berkata, dia kini mahu menumpukan perhatian kepada peranan yang mampu menyerlahkan sisi lainnya sebagai pelakon.

Menurut beliau dalam Daily Telegraph, Mr. Bean adalah satu kejayaan terbesar dirinya sebagai pelakon. Namun, pada usia sekarang untuk membawa watak kebudak-budakan barangkali sudah tidak sesuai.

Nampak gayanya Rowan Atkinson dah tak nak jadi Mr. Bean. So, lepas ni... Siapalah pengganti Mr.Bean? Mampu ke tidak memegang watak Mr. Bean. Mesti peminat nak tahu kan. Siapa peminat tu?.... Kalau Fiza, memang dari dulu lagi kurang berminat dengan Mr. Bean. Tapi... Kalau adik-adik Fiza, tak payah cakap. Mesti perang mulut dibuatnya... Tak nak bertukar channel sampailah tamat baru nak bertukar kuasa conquer remote tv kepada orang lain.

Itu semua disebabkan oleh kelucuan yang dilakonkan oleh Mr. Bean.

Nota Kaki : Sumber gambar adalah daripada laman telegraph.co.uk