Hola 
Alhamdulillah! tak lama lagi keputusan UPSR akan keluar iaitu dijangka akan keluar pada bulan November 2012. Pasti ramai adik-adik yang ingin tahu cara menyemaknya.

Maklumat di hujung jari. Adik-adik boleh menyemak keputusan UPSR 2012 secara online ataupun sms dan caranya adalah seperti berikut :



Semakan Online :

untuk menyemak keputusan UPSR 2012 dalam talian, pertama sekali pergi ke laman  http://sapsnkra.moe.gov.my/ . kemudian klik pada butang hijau iaitu butang Semakan Ibubapa.



Kemudian, masukkan maklumat penting seperti di bawah :

1. Masukan no kad pengenalan atau no sijil lahir.
2. Pilih jenis sekolah rendah mahupun menengah.
3. Pilih Tahun menduduki UPSR
4. Akhir sekali, tekan semakan laporan.





Semakan secara SMS :

Selain daripada menyemak secara online, semakan keputusan UPSR 2012 secara sms pun boleh dan caranya adalah seperti berikut :


Taip UPSR < angka giliran > dan hantar ke 15888

contoh sms :

UPSR BC001A040 hantar ke 15888


Semoga adik-adik semua mencapai target. Kepada yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Tahniah! Akak ucapkan.

Pada yang tidak mencapai target. Usah risau. Ia bukan penghalang untuk adik teruskan persekolahan. Jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk keputusan yang akan datang. Jadikan hari ini lebih baik daripada hari semalam. Don't Giveup!



Selamat maju jaya!



Nota kaki : Sumber info daripada http://beritasemasa.com/keputusan-upsr-2012