Hola 


 Extra Terrestrial Vehicle, ETV dengan harga RM375,000, kereta terkini yang menarik, futuristic car,
Sumber gambar adalah daripada kosmo online bertarikh 10/11/2012

Semalam, after publish entri [ Ingat Senang Ke... ]. Aku langsung dah tak berkesempatan nak lepak di blog kengkawan.

Kenapa pulak?

Aku kena masak masakkan kesukaan En. Hubby, al-maklum jelah lama dah tak masak untuk dia. Walaubagaimana pun, aku cuma berkesempatan baca akhbar Kosmo... Tu pun selepas Alia tido. Seharian aku mengerah tenaga untuk kemas rumah dan memasak demi menyambut kepulangan En. suami yang tercinta.

Bila sampai part baca akhbar, aku bukan baca semua pun berita... Honestly, itulah aku... Yang rajin tak berapa nak rajin baca berita. Tajuk yang pelik pasti membuatkan aku tertarik. Kalau part sukan... Sorry, kekadang tu tak pandang pun. Seriously! dan untuk kali ni kisah yang membuatkan aku tertarik adalah berkenaan dengan dunia permotoran di mana terdapat kereta luar biasa terkini hasil rekaan Michael Vetter yang berasal dari Itali yang kini  turut menguruskan The Car Factory di Florida, Amerika Syarikat.

Kereta luar biasa ini dikenali sebagai Extra Terrestrial Vehicle atau ETV sebagai short form. Kereta ini juga dikatakan berharga RM375,000. Huhu... Mahalnya! Tak mampu den nak beli haa...

Menurut akhbar Kosmo lagi, berikut adalah spesifikasi yang terdapat pada ETV :


Ia dijana oleh enjin berkelajuan tinggi 2 liter yang menyediakan 270 kuasa kuda kepada roda depan menerusi kotak gear lima kelajuan. 
Ia memiliki skrin depan setinggi 1.5 meter dan pintu sayap yang akan terbuka cara automatik menerusi kawalan jarak jauh. 
Di dalam, terdapat dua kamera yang akan membolehkan kereta berbentuk aneh ini diparkir dengan mudah. Malah, pernah dipopularkan oleh De Lorean melalui filem Prancis, Back to the Future...

Menarik kan kereta yang bertemakan futuristik ni... Bilalah daku boleh membeli kereta seperti ini yer?


والله أعلمُ....