Hola 
Semalam... Adik aku empunya blog Prisma Seni baru balik dari Unimas. Kira-kira jam 2:15 petang baru sampai rumah. Balik cuti study week katanya before mid-term dan telah membeli 2 ikat buah petai sebagai buah tangan. Mak aiii... Buah kesukaan aku

Slurppppp!... Masa dinner, aku kekenyangan makan nasi berlaukkan ayam masak kurma dengan sambal bilis dicampurkan dengan buah petai. Lama haihhh... Tak makan sambal petai.


Dulu, time remaja yang masih hingusan... Aku langsung tak menyukai buah petai. Tak suka baunya. Kalau nenek buat sambal bilis bercampurkan buah petai, langsung aku tak pandang dengan sebelah mata. Nak makan lagilah... Oh! tidak...

Tapi... Entah! 3 tahun lepas time genting adik aku menunggu hari untuk bersalin, tetiba jer dia nak makan sambal buah petai. Apa lagi mak pun mencari buah petai di pasar tani. Bau sambal petai yang menusuk hidung, membuatkan aku tergoda. Akhirnya, aku tewas dan cuba merasai sambal yang mak buatkan... Hahaha, bila sekali rasa... Aku terus erik ( nak lagi ). Start hari tu lah aku mula menyukai buah petai.

Tapi kan... Ada kebaikan ke buah petai atau sebaliknya membawa kepada keburukan. Kemusykilan  membuatkan aku cuba mencari info di internet. Apakah kebaikan buah petai?


Hurmmm... Tak sia-sia usaha aku, cuba untuk menyukai buah petai. Ternyata, terdapat banyak kebaikan buah petai. Pendek kata dari akar hingga ke daun yang hampir mencakar langit... Semuanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Betapa hebatnya ciptaan Tuhan walaupun petai hanyalah sekadar buah hutan yang bermusim .


Bercakap tentang kebaikan atau dalam erti kata lainnya mengenai khasiat buah petai, berikut adalah jawapannya :

Anaemia
Petai mengandungi zat besi dan boleh menyemarakan pengeluaran haemoglobin dalam badan dan boleh membantu pesakit yang kekurangan darah.
Tekanan Darah
Ulam tropika ini mengandungi bahan potasium yang tinggi tetapi kandungan garamnya pula adalah rendah. Oleh itu, Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) membenarkan industri Petai kerana ia mampu  mengurangkan risiko tekanan darah dan serangan angin ahmar.
Tenaga Minda
Seramai 200 pelajar di Sekolah Twikenham Middlesex dibantu menjalani peperiksaan mereka dengan memakan petai semasa sarapan, masa rehat dan makan tengah hari. Kajian menunjukkan ulam yamg tinggi dengan potasium itu boleh membantu pembelajaran dengan membuat pelajar lebih awas dan segar.
Sembelit
Petai juga mengandungi serat dan boleh membantu menyempurnakan pembuangan air. 
Gigitan Nyamuk
Jika anda digigit nyamuk cuba gosokkan bahagian dalam kulit petai pada bahagian yang digigit. Ramai dapati ia dapat mengurangkan lebam dan rasa gatal akibat gigitan serangga tersebut.
Kandungan Vitamin
Petai mengandungi zat vitamin B. Antara lain vitamin B boleh membantu mengamankan sistem saraf. Kandungan B6 dan B12 dalam Petai juga boleh membantu mereka yang inging membuang tabiat merokok. Ini kerana bahan tersebut dengan bahan potasium dan magnesium dalam petai boleh mengurangkan keingingan untuk merokok.
Jelas Petai menawarkan pelbagai khasiat. Jika dibandingkan dengan buah epal, ia mengandugai empat kali lebih banyak protein, dua kali lebih banyak karbohidrat, lima kali kandungan Vitamin A dan dua kali kandungan vitamin lain.- Petikan daripada blog : http://anizyn.blogspot.com/
Daripada petikan di atas... Walaupun ia membuatkan mulut dan air kencing berbau... Ternyata buah Petai mempunyai khasiatnya yang tersendiri.  

Lepas ni... Selalu lah beli buah petai. Tapi tempat Fiza mahal harganya. 4 papan jer harganya dah mencecah RM5-6. Tau taulah tempat lain. Berapalah harganya yer?

Wallahualam!