Hola ♥ 
Setiap detik dan waktu... Pasti akan ada sesuatu yang baru muncul dalam kehidupan kita. Lihat sahajalah teknologi masa kini... Begitu pantas berkembang seperti " cendawan baru tumbuh selepas hujan " Terutamanya rekabentuk handphone yang mana menjadi kegilaan setiap orang daripada kita, right! Cuma duit jer membatasi keinginan untuk memilikinya... Betul tak?

Namun, tak salah kan kita survey dulu... Mana tau nanti-nanti ada duit nak beli. Hehe... 

Psssst! Ayah Alia janji nak belikan Fiza ipad... Tu yang nak survey tu... Untung-untung tengok ipad Mini. Nak gak tau spesifikasi mengenainya... Dan ternyata memang canggih! Itu sumber daripada pembacaan dan bukannya dok lihat dengan mata kepala sendiri nooo... Lagipun baru jer di lancarkan, kan... Belum ada lagi pun di pasaran negara kita, Malaysia.


Ipad Mini dikatakan bersaiz 7.9 inci dengan resolusi 1024x768 pixel dan warna yang mula-mula akan ada di pasaran adalah putih dan hitam. Elegance color! I like it.....

Ipad Mini juga menggunakan cip pemprosesan dwi-teras Apple A5, facetime HD, kamera 5 megapixel, sokongan LTE, iOS dan menggunakan port lighting.

Then, spesifikasi lain yang Fiza rasa memang hebat mengikut dakwaan ialah mengenai baterinya yang mampu bertahan sehingga 10 jam penggunaan. Lama tu... 

Ipad Mini juga direkabentuk dengan lebih 23% nipis dan 53% ringan berbanding dengan ipad yang sedia ada.

Hurmmm... Sungguh memikat hati! apa taknya... Ia mempunyai kamera 5 megapiksel iSight yang mempunyai sensor di bahagian belakang pencahayaan. Malah, kita gak boleh membuat panggilan video melalui Wi-Fi atau selular dengan terciptanya komponen facetime HD di dalam ipad Mini.


Selain tu... Dengan adanya dual band (2.4GHz dan 5GHz) 802.11n Wi-Fi dan sokongan untuk ikatan saluran, kelajuan download untuk ipad Mini juga boleh mencapai sehingga 150 Mbps. Itulah antara spesifikasi yang terdapat pada ipad Mini yang Fiza rasa patut diketahui sebelum berangan-angan nak membeli.

Untuk makluman ia akan mula dipasarkan pada 2 November 2012 di beberapa buah negara terpilih dengan harga serendah $329 yang mana anggaran harga di Malaysia sekitar RM1000... Hehe. Boleh dapatkan satu ni kalau harganya sekitar RM1000.

Moga-moga, Fiza dapat ipad seperti yang dijanjikan. Doakan Fiza ek!

Thanks! kepada yang sudi berkunjung ke blog Fiza 

Nota kaki : Sumber info dan gambar adalah daripada http://www.apple.com/ipad-mini/features/