Hola

Alhamdulillah... Segala pujian ke atas Allah kerana telah memberi kesihatan yang baik kepada kita untuk terus berkongsi ilmu walaupun di alam maya.

Bercakap pasal kesihatan... Tetiba jer rasa nak share tentang vicks vaporub.


Begini ceritanya... Hahaha. Starting lagak seperti seorang panglipurlara.

Last week Alia flu disertakan berhingus... Sian dia. 3 hari lepas makan ubat still berhingus. So, nak dijadikan cerita... Aku google lah "Cara nak hilangkan hingus". Dalam otakku ligat berfikir dan hati berkata-kata... Ada ke?

Jangan kau jah! Hehe... Macam-macam petua dan tip aku dapat dan baca... Tapi aku tergerak hati seperti mahu yang tak berapa nak mahu nak mencuba 1 petua ni... Iaitu before baby tidur malam, sapukan vicks di bawah kaki baby dan stokin kan dia...

Mujarab lah beb... 2 hari jer Fiza try, hingus Alia pun hilang. Sungguh tak tipuuu... Alhamdulillah! Mungkin gak Alia serasi dengan vicks kot. Yelah! sejak lahir lagi aku dah gunakan vicks untuk sapukan di bahagian perut, belakang dan kaki dia.

Alhamdulillah! bukan nak kata apa... dan bukannya jugak nak angkuh dan sombong. Kembung perut pun Alia takde. Tapi tak tau lah pada orang lain kan.

Fiza share pun atas sebab ikhlas untuk berkongsi cerita dan info. Mana tau ada lak yang nak try kan.

"Kita hanya mampu berusaha, selebihnya kita berserah pada Allah".

Nota kaki : Sedih tak dapat nak kredit pada tuan empunya petua. Fiza lupa nak copy link  info ni. Adoiiiiiii!