Hola ^^

Selamat pagi semua... Pagi-pagi lagi Fiza dah sajikan dengan makanan yer... Apalah! Saja jer nak menyakitkan mata dan keinginan orang yang melihat... Hehe.

Tapi, senang hapa! semuanya ada kat kedai jual makanan... Yang penting duit kena ada. Betul tak?. Namun, bukan itu yang ingin Fiza perkatakan dan kongsikan.

Sebaliknya, Fiza ingin kongsikan apakah yang dimaksudkan dengan mengidam? dan pastinya wanita yang bergelar isteri akan melaluinya... InsyaAllah dengan izin-NYA.

Hurmmm.... Kalau nak tahu, gambar-gambar kat bawah ni adalah antara makanan yang Fiza idamkan semasa transmeter pertama Fiza mengandung.

Kalau kat Sarawak kuih ni disebut Kuih Pasong

Yang ni ubi rebus... Huhhh! kalau dicicah dengan kelapa parut... 
Mak aiii, maunya terliuq. 

Yang ni antara buah yang Fiza idamkan... Kat tempat hubby Fiza mengajar... 1 Kilo harganya mencecah RM7... Mahal betul!

Hurmmm... Bercakap pasal mengidam sudah semestinya semua orang pasti mengetahuinya. Namun, kekadang bila mengidam time mengandung ni... Macam-macam hal.

Pernah ibu Fiza bagitau ada orang mengidam nak hidu tahi ayam tau time mengandung. Hehe... Nasib baik Fiza tak mengidam benda pelik-pelik.

Bukan tu jer... Malah ada yang mengidam nak makan sabunlah... Nak hidu bau asap keretalah. Macam-macam...

Haaa... Pada yang belum kawin tu... Jangan gelak atau berasa hairan. Tak mustahil tau time pregnant kita mengidam sesuatu.

Alhamdulillah... Setakat ni Fiza takdelah mengidam benda pelik-pelik. Tapi, semenjak pregnant ni, Fiza suka sangat makan buah-buahan... Macam-macam buah Fiza nak makan.

Namun, yang peliknya... Fiza memang suka bangat ngan buah durian... Tapi semenjak mengandung... Huhhh!! Bau durian pun Fiza tak suka... Apa kes?

Itulah lumrah yang akan dihadapi wanita apabila mengandungggg...

Hehehe... Tak sabar nak tengok baby!