Hola,

Selamat pagi dunia... Kalau sebelum ini saya telah bercerita tentang Asraf Muslim dan Irma Hasmi Ibrahim... Kali ini pulak saya tertarik dengan seorang artis dan tentangnya di Utusan Malaysia pada pagi ini di mana dia merupakan orang pertama yang mempunyai lebih 10 juta pengikut di Twitter. Huhu.... Ramai eh!!!... Kalau saya bilalah nak ada pengikut seramai itu. Hehehe. Siapa orang yang saya maksudkan... Hurmmm... Orang itu ialah Lady Gaga.

Sebenarnya saya bukanlah peminat Lady Gaga... Disebabkan terkasima apabila terbaca tentang jumlah pengikut Twitter beliau yang begitu ramai... Apalagi jejari ini mulalah nak cari maklumat tentang lady Gaga... Hahaha... Kolot betul tak tau siapa Lady Gaga... Hehe. 

Hurmmm... Kepada yang tak tahu gak seperti saya... Hehe. Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta adalah penyanyi pop Amerika. Merupakan anak perempuan Sulung Joseph Germanotta. Dia mendapat nama 'Lady Gaga' daripada pengurusnya, yang diambil dari lagu Queen berjudul Radio Ga Ga. Pernah menimba ilmu di Tisch School of Arts di New York University. Dia salah seorang daripada dua puluh orang yang mendapatkan pengiktirafan awal dari sekolah tersebut.

Apa yang menarik lagi tentang Lady Gaga. Beliau mula belajar bermain piano seawal usia 4 tahun dan menulis lagu piano pertamanya pada usia 13 tahun... Hurmmm... Hebatkan. Tak hairanlah kalau dia bergelar penyanyi pop Amerika kerana seawal usia 4 tahun lagi dah terdedah dengan dunia muzik. Hehe. Pada awal kariernya, Lady Gaga bernaung di bawah syarikat rakaman sebagai komposer untuk artis lain seperti Britney Spears, Pussycat Dolls, Fergie dan New Kids On The Block. Sekarang, dia lebih banyak menulis dan menghasilkan banyak lagu sendiri.

Menurut sebuah wawancara dengan Rolling Stone, Lady Gaga selalu berpakaian tak cukup kain... Biasalah kan...Huhu, dan sedikit aneh agar neneknya yang hampir buta boleh melihatnya di televisyen. Katanya: "Saya tetap dengan pendirian untuk tidak memakai seluar sehingga nenek saya boleh melihat saya di televisyen."...

Hurmm... Itulah serba sedikit tentang Lady Gaga... Apa-apa pun have a nice day dan Selamat Hari Wesak kepada yang menyambutnya.

Sumber : http://id.wikipedia.org/wiki/Lady_Gaga