Ya! Allah... Betapa hebatnya jika manusia masih menyimpan kasih sayang di dalam hatinya dan menerima orang lain dengan seadanya.

Beberapa hari yang lepas... Abg Ben telah memperkenalkan seorang insan yang begitu istimewa dalam segmen pilihannya... yang sungguh tabah mengharungi kehidupannya... Insan yang saya maksudkan ialah Mohd Sukur Ibrahim. Walaupun dianugerahkan dengan keistimewaan yang mungkin orang lain tidak boleh terima... 

Tapi, bagi saya dia sungguh sempurna... kerana mempunyai ketabahan yang tinggi untuk mengharungi kehidupannya... Kata-katanya sungguh bersemangat... "Aku just nak gunakan blog ni sebagai wadah utk aku mendekati org diluar..kadang-kadang kehidupan ni sgt mencabar.tapi aku harus hadapinya dgn sabar dan tabah".. Ayuh kawan-kawan, buka mata dan minda kita untuk menerima orang lain dengan seadanya... Ingatlah! kita kena tabah mengharungi segala cabaran di dalam hidup kita sepertimana yang ditunjukkan oleh Mohd Sukur Ibrahim... Korang patut mengenalinya...