Hola,

Sambil duduk minum susu dan makan sandwich kegemaranku... Aku berjalan-jalan di alam maya, membaca komen dan terjah blog kengkawan... Hilang jugak kepenatanku seharian... Semangat weii... Tak sah kalau tak update blog, betul tak?... Hehehe. 

Kempetai Sed !!!

Wah! Biji mataku terpaku seketika... Uniknya nama. Kempetai Sed... Hehehe, kerana terpaku itu, aku telah menjadi followernya yang ke... Biarlah rahsia. Kalau korang nak tahu... Terjahlah sendiri ek...  Hehehe.

Petang yang dingin lagi mendamaikan ini membuatkan aku bersemangat untuk mengemaskinikan blog yang simple mimple ini... Semangatttt... walaupun follower tak ramai mana... Heeeeeee...

Takpe, yang penting semangat dan usaha perlu ada. Betul tak? dalam kehidupan seharian pun kita perlu bersemangat... Jangan dek kerana gagal sekali, kita terus jatuh... 

Jangannn... Itu sifat orang yang lemah namanya... Aku pun pernah gagal... Dulu, masa first year study kat Unimas  Aku pernah gagal.... Why?

Aku terlalu sedih masa tu... tidak dapat menerima pemergian nenekku... Dia pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya pada 17/7 tahun... Biarlah rahsia... bayangkan 9 bulan aku tak bekerja semata-mata menuruti kemahuannya yang meminta aku untuk berhenti kerja dan membantu emak menjaganya... Masa tu aku jadi jurulatih PLKN untuk modul pembinaan karaktor jer...

Siapa tak sedih... 9 bulan weii, siang malam berada di sisinya... Kemudian, kebetulan aku menerima tawaran masuk Unimas pada hari yang sama... Kebetulan... Ya Allah!... Dugaan yang maha besar bagiku... Namun, aku gagahi jua untuk melangkahkan kaki ke universiti... Itulah harapan orang tuaku...

First semester... Aku tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran kerana masih terkenangkan nenek... Walaupun, pada masa itu tunang sentiasa memberi semangat... Aku still lemah untuk menghadapi hari-hariku sebagai seorang pelajar.. Akhirnya result semester yang aku perolehi... Lulus Bersyarat... Nasib baik tak gagal berhenti... Nah! Allah ingin tunjukkan sesuatu untuk aku pelajari... 

Namun, aku tidak berputus asa... Ini semua atas sokongan yang diberikan oleh keluarga dan suamiku... I love my family... Thanks sayang... I love u all so much...

Adus! panjang nyer citer aku... Hehehe.

Itulah dia kegagalan yang pernah aku hadapi... Nasib baik ada orang sokong, kalau tak dah lama daku tersungkur... Heeeee.

Pengajarannya : Kita mesti sentiasa bersemangat. Gagal sekali bukan beerti gagal buat selama-lamanya. Allah tidak zalim dengan hambanya. Terima dugaan yang datang samaada yang positif atau negatif dengan hati terbuka. Mungkin ada sesuatu yang ingin Allah tunjukkan untuk kita pelajari...

So, enjoy ur life... U have a choice untuk menjadi insan yang terbaik...