Hai Semuanya,

Hehehe... Pasti ada yang lapar kan tengok makanan kat atas... Suka betol menyeksa mata... ya tak... Huhuhu, entri saya seterusnya pula berkaitan juga dengan makanan... Almaklum jelah... Si empunya blog ini... Kuat makan, tapi tak gemuk-gemuk... Hhhuahhhuahuahh...

Nak dijadikan cerita... Cerita apa ek... Ermmm... Siapa suka minum susu or yogurt? Macam cikgulah pulak tanya... Hehehe... Korang tahu tak semalam time kemaskan barang dan majalah di bilik... Saya terjumpa satu majalah iSIHAT lama... Saya try bukak lah... then, terjumpa satu artikel ni yang menarik perhatian saya... Sebab saya sukaaaa sangat dengan yogurt dan minum susu.... Ermmm... Amat menyedihkan, rupanya produk tenusu boleh menurunkan berat badan... Patutlah badan saya tak naik-naik... kuang...Kuang...kuanggg.. Korang nak tahu tak... Rupanye, terdapat satu kajian oleh penyelidik Universiti Copenhagen... menunjukkan produk tenusu berupaya menentang lemak. Apa yang diperlukan ialah mengambil kalsium sekitar 124mg setiap hari iaitu bersamaan dengan dua gelas susu, sekeping keju rendah lemak dan satu bekas yogurt... Ermmm... Apalagi, bagi yang nak kurangkan berat badan... Amalkan lah minum susu dan yogurt... Hehehe... Tapi saya gak yang susah dan nampak gaya nyer terpaksa beralih arah... Cari alternatif lain... Nak minum apa ek?

Minum teh hijau... Tapi teh hijau pun sama gak... fungsi nye iaitu menyingkirkan lemak... Lebih-lebih lagi kalau kita amalkan meminum secawan teh hijau setiap pagi... Waktu sarapan, makan tengah hari dan jugak makan malam... itu yang saya tahulah kalau ikut apa yang saya baca kat Majalah Wanita suatu ketika dulu... Alahai! Semua minuman untuk orang kurangkan berat badan... Macam mana ni?

Ermmm... takpe... Ada banyak lagi kan... minuman dan makanan kat Malaysia ni... Apa nak risau... Yang penting Sayangilah diri kita untuk orang yang tersayang... Betul tak?