Salam tutti,



Awal-awal pagi lagi aku bangun untuk mengemaskini blog coretanku sebelum aku memulakan perjalanan kehidupan aku untuk hari ini. Blog aku kali ini berkisar tentang menimbang berat badan, tetapi bagaimana caranya? Hehehe... bulan lepas aku pernah menimbang berat badanku... semasa aku dan suamiku shopping kat Jalan India Street, Kuching... Hehehe, masa suami ada cuti baru dapat berdua-duaan... tuntutan kerja katakan... Cish! lain pulak lencongan cerita aku yer... Fuhhh! nasib baik tak tersasar jauh. Nak dijadikan cerita, berat badanku hanya 48kg... Alahai, 48kg saja. Tapi kuat makan. Aku pun hairan... Tak mengapalah. Hahaha! bunyi macam orang pasrah jer. Memang, apa tak nye... macam-macam vitamin dan supplement aku cuba untuk tambahkan berat badan... alih-alih macam tu jugak atau aku yang tak reti macam mana nak menimbang berat badan kot. Astagfirullahalazim... kenapa ni? tak bersyukur atas ciptaan Tuhan...

Yelah, mudah kan nak menimbang berat badan kan... kan. Tapi sebenarnya ramai antara kita termasuklah aku sendiri yang tidak mengetahui hingga seringkali melompat dari timbangan setiap kali melihat angka di penimbang meningkat. Tapi setelah aku membaca Majalah Wanita, aku mengetahui bagaimana kaedah yang betul untuk menimbang berat badan. Jadi, perkongsian daripada pembacaan aku coretkan di sini sebagai pengetahuan kita semua. Jadi, dipendekkan cerita tip pertama ialah elakkan menimbang berat badan sewaktu haid. Selain emosi yang kurang stabil, tubuh juga cenderung menyerap labih banyak air, oleh itu berat badan mungkin meningkat. Waktu terbaik untuk menimbang berat badan adalah semingggu setelah kedatangan haid.

Hehehe. Pasti lelaki hairan dan bertanya. Mcm mana dengan kaum lelaki pulak? Hohoho! tak mengapa, tengok tip seterusnya. Tip yang kedua iaitu jaga posisi tubuh di atas penimbang. Bagi memastikan keputusannya tepat, pastikan anda berdiri dengan stabil, tidak bergerak-gerak, berjingkit atau menaikkan satu kaki kerana akan mempengaruhi jarum penimbang. Tip yang ketiga pulak, keadaan tubuh juga mempengaruhi hasil timbangan. Dalam keadaan tubuh yang sakit, keputusan pasti akan berbeza dengan ketika kita sihat. Seterusnya, tip yang terakhir yang perlu kita ketahui ialah berapa kerap harus menimbang. Seeloknya timbanglah berat badan kita seminggu sekali. Timbanglah badan setiap hari jumaat atau sabtu dan elakkan pada hari isnin. Biasanya, hari sabtu dan ahad merupakan hari untuk kita memuaskan nafsu makan kita... betul... betul... Time ni best pergi jenjalan cari makan... Hehehe. Selain itu timbanglah badan pada waktu yang sama setiap minggu. Waktu pagi adalah waktu yang paling tepat. Jom.. Kita amalkan tip ini. Semoga perkongsian aku kali ini dapat menambah ilmu kita bersama.

Sama-samalah kita menjaga kesihatan kita demi orang-orang yang kita sayangi.